"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan ank-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka seraya berfirman; "Bukankah aku ini tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami) kami menjadi saksi".(Al-A'raf, 7:172)
Namun setelah manusia lahir ke dunia, di kalangan mereka ada yang terpesong oleh ajaran kedua ibu bapa mereka, lalu mereka melanggari perjanjian yang telah termeterai itu sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam:
" Tiada (bayi) yang dilahirkan melainkan (dia) dilahirkan mengikut fitrah, lalu kedua ibu bapanya yang menentukan sama ada dia menjadi yahudi, nasrani atau majusi, sebagaimana terhasil daripada seekor binatang itu anak yang sempurna, kamu tidak akan mendapati sebarang kecacatan padanya".( Shahih Al-Bukhari, no:1292 & 4497)
Justeru untuk mengembalikan setiap muslim kepada fitrahnya yang sebenar, maka mereka wajib menghayati makna pengangkuan yang pertama ini dengan membuktikannya melalui perbuatan (anggota badan) dan segala tingkah laku (zahir dan batin). Dengan perkataan lain pengakuan yang pertama ini mesti dihayati dengan maksud: " Sesungguhnya aku tahu, aku mengaku dan aku percaya bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa aku menyata dan menzahirkan yang demikian itu dengan kata-kataku (lidah), perbuatanku (anggota badan) dan segala tingkah laku (zahir dan batin)". (Abd Karim Zaidan, Usul Ad-Dakwah,hal:18)
Fitrah semulajadi manusia mengakui wujudnya Tuhan yang menjadikan segala makluk, menguasai seluruh alam, berkuasa melaksanakan segala kehendak-Nya, berkuasa memberi rezeki, manfaat dan mudarat serta menghidup dan mematikan. Keimanan dari sudut kewujudan dan kekuasaan Tuhan ini dinamakan Tauhid Rububiyyah, iaitu pengakuan dan kepercayaan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala itulah sebenar-benar Tuhan yang memiliki dan berkuasa menjadikan segala makhluk. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
"Sesungguhnya tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia bersemayyam dia atas Arsy".(Al-A'raf, 7:54 dan Yunus, 10:3, Bersemayam di atas Arsy adalah satu sifat Allah yang wajib kita imani sesuai dengan kebesaran dan kesucian-Nya)
Akan tetapi Tauhid Rububiyyah ini tidak cukup untuk membezakan orang Islam daripada golongan bukan Islam kerana golongan kafir itu juga secara fitrahnya mentauhidkan (mengesakan) Allah Subhanahu wa Ta'ala dari segi rububiyyahNya, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :
"Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui".(Az-Zukhruf,43:9)
Dalam ayat lain Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
"Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka:"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu merekaakan menjawab: "Allah". Jika demikian, maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakan-Nya)?" (Az-Zukhruf,43:87)
Kedua-dua ayat di atas jelas menunjukkan bahawa golongan musyrikin juga menyatakan keimanan mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai Tuhan Yang Maha Pencipta, dalam erti kata mereka menthauhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala dari segi rububiyyah-Nya. Dalam konteks ini, mereka dilihat sama dengan seorang muslim yang juga beriman dan mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai Tuhan Yang Maha Pencipta.
Justeru untuk membezakan umat Islam daripada golongan bukan Islam, Tuahid Rububiyyah mesti digabungkan pula dengan satu lagi jenis Tauhid yang diistilahkan sebagai Tauhid Uluhiyyah. Iaitu pengakuan dan kepercayaan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala itulah satu-satunya Tuhan yang berhak untuk disembah, dan bahawa tiada sekutu bagi-Nya dalam setiap perkara ibadat (Ibadat ialah kata nama yang merangkumi segala amalan yang disukai dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta'ala, baik perkataan maupun perbuatan zahir ataupun batin).
Prinsip Tauhid Uluhiyyah ini menuntut setiap muslim supaya mengesakan Allah dalam segala jenis ibadat, sama ada ibadat umum seperti bekerja mencari rezeki atau ibadat khusus seperti solat, zakat, puasa, haji, berdoa, berzikir, menyembelih binatang, melahirkan rasa takut, rasa mengharap, rasacinta dan sebagainya. Dengan prinsip pengesaan ini, maka tauhid Uluhiyyah dilihat sebagai satu daripada dua jenis tauhid (Satu lagi ialah Tauhid Al-Asma' Wa As-Sifat yang akan dibincang selepasnya) yang membezakan umat Islam daripada golongan bukan Islam.
Kewujudan Tauhid Uluhiyyah dalam diri manusia memastikan juga kewujudan Tauhid Rububiyyah dalam diri mereka, tetapi sebaliknya, kewujudan Tauhid Rububiyyah sahaja tidak menjamin kewujudan Tauhaid Uluhiyyah itu. Dengan perkataan lain, orang yang berpegang dengan Tauhid Uluhiyyah pasti berpegang juga dengan Tauhid Rububiyyah, tetapi orang yang berpegang dengan Tauhid Rububiyyah sahaja tidak semestinya berpegang dengan Tauhid Uluhiyyah. Disebabkan tidak ada Tauhid Uluhiyyah inilah, maka golongan musyrikin telah mempersekutukan Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan sesuatu yang lain dalam ibadat, meskipun mereka mengakui-Nya sebagai Tuhan Yang Maha Pencipta. Allah Subhanahu wa Ta'ala
berfirman:
"Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat yang suci dan bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil mereka berkata):"Kami tidak menyembahnya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya",
Sesungguhnya Allah akan menghukum mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang tetap berdusta lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)". (Az-Zumar, 39:3)
Sejarah penyembahan berhala oleh manusia bermula bukan kerana mereka menganggap berhala itu tuhan, tetapi ia bermula kerana sikap melampau manusia dalam memuja manusia sehingga mendorong mereka mengukir patung yang kemudiannya mereka jadikannya sebagai wasilah (perantaraan) untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah. Dalam proses ini, mereka telah mempersekutukan Allah dengan makhluk dalam perkara ibadat lalu mereka terjerumus ke lembah kekufuran.
Semua penyelewengan dalam agama-agama yang berkonsepkan pemyembahan patung seperti Kristian, Hindu, Budha dan Confusisme adalah disebabkan kepincangan dari sudut Tauhid Uluhiyyah. Disini jelas kepada kita bertapa pentingnya pemahaman dan penghayatan Tauhid Uluhiyyah dalam proses pembinaan jati diri muslim kerana ia akan mengawal mereka daripada terpesong kejalan kekufuran serta dapat membezakan mereka daripada golongan bukan Islam. Oleh sebab itu, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjadikan Tauhid Uluhiyyah sebagai masej utama para rasul dalam dakwah mereka, sepertimana firman-Nya:
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut ... (Taghut: ialah Syaitan, berhala dan apa sahaja yang menyesatkan. Lihat : Tafsir Pimpinan Ar_Rahman, hal:639, An-Nahl, 16:36)
Selain daripada Tauhid Uluhiyyah, satu lag jenis Tauhid yang membezakan umat Islam daripada golongan bukan Islam ialah Tauhid Al-Asma' Wa As-Sifat, iaitu mengesakan Allah Subhanahu wa Ta'ala dari segi Nama dan sifat-Nya tanpa mempersekutukan-Nya dengan nama-nama dan sifat-sifat makhluk. Setiap muslim wajib beriman dengan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana yang tersebut dalam Al-Quran dan As-Sunnah kerana keimanan kepada Nama-Nama dan Sifat-Sifat itu merupakan salah satu cara untuk mengenali-Nya, sedangkan mengenal Allah Subhanahu wa Ta'ala itu adalah asas bagi akidah Islam. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :
"Dan Allah mempunyai nama-namayang baik (yang mulia), maka serulah dan berdoalah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang telah mereka kerjakan". (Al-A'raf, 7:180)
Melalui Tauhid Al-Asma' Wa As-Sifat umat Islam dilihat berbeza dengan golongan bukan Islam kerana mereka (golongan bukan Islam) itu telah mempersekutukan Sifat-Sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan sifat-sifat makhluk. Golongan Nasrani misalnya telah menyifatkan Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai mempunyai anak, manakala golongan Hindu dan penganut agama Greek purba pula mempercayai adanya banyak tuhan yang memiliki spesifikasi sifat dan tugas yang berbeza. Justeru bagi mengelakan kekeliruan dalam penghayatan Tauhid Al-Asma' Wa As-Sifat ini, setiap muslim wajib berpegang dengan beberapa prinsip penting, antaranya:
Pertama : Bahawa Allah subhanahu wa Ta'ala hanya bersifat dengan Sifat-Sifat kesempurnaan (Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, Badai' Al-Fwaid, 1:177). Allah tidak layak disifat dengan sifat-sifat kekurangan, bahkan tindakan menyifatkan-Nya dengan sifat kekurangan dilihat sebagai satu daripada bentuk ilhad (anti ketuhanan). Dalam konteks ini Imam Ibn Al-Qayyaim berkata (maksudnya):
Kedua : Bahawa Nama-Nama dan Sifat-Sifat yang khusus bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak boleh dikongsi oleh sebarang makhluk. jika berlaku perkongsian nama sesuatu sifat antara Allah dan makhluk, maka ia tidak boleh difahami dengan maksud penyamaan sifat tersebut, kerana persamaan nama dan sifat tidak semestinya menggambarkan persamaan hakikat sifat berkenaan (Sa'id Ibn Ali Al-Qahtani, Syarh Asma' Allah Al-Husna Fi Dau'Al-Kitab Wa as-Sunnah, hal:51). Ini sejajar dengan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala : "Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (zat,Sifat-Sifat dan pentadbiran) Nya, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat". (Asy-Syura 42:11)
Maka tidak dapat tidak mesti menetapkan apa yang telah Allah tetapkan bagi diri-Nya dan menafikan penyerupaan-Nya dengan makhluk-Nya. Sesiapa yang kata Allah tidak ada ilmu, tidak ada kekuatan, tidak ada kasihan belas, tidak ada percakapan, tidak ada ksih sayang, tidak ada keredhaan, tidak memanggil, tidak menyeru dan tidak bersemayam maka dia adalah seorang pembatal yang ingkar (terhadap sifat Allah) dan yang menyamakan Allah dengan benda yang tiada atau benda yang kaku.
Manakala sesiapa yang kata ilmu-Nya seperti ilmuku, kekuatan-Nya seperti kekuatanku, kasih sayang-Nya seperti kasih sayangku, keredhaan-Nya seperti keredhaanku, tangan-Nya seperti tanganku dan duduk bersemayam-Nya seperti duduk bersemayamku, maka dia adalah seorang musyabbih yang menyamakan Allah dengan haiwan (makhluk). Justeru, tidak dapat tidak mesti menetapkan tanpa penyamaan dan mesti mensucikan tanpa pengingkaran (Ibn Taimiyyah, Ar-Risalah-at-Tadmuriyyah,hal:30. Dalam Syarh asma,Allah Al-Husna, hal:64)
- Ketiga : Bahawa Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah subhanahu wa Ta'ala yang disebut dalam Al-Quran dan Al-Sunnah wajib diimani secara zahir dan hakiki, tanpa ta'til (takwilan yang membatalkan makna), tanpa tajsim (membentuk rupa makna), tanpa tajsim (menjasadkan makna), tanpa tahrif (menyelewengkan makna), dan tanpa tahthil (mengumpamakan makna dengan sesuatu). Dalam konteks ini Imam At-Tarmizi berkata (maksudnya):
Dan sungguh bukan seorang daripada ahli ilmu telah berkata tentang hadith ini (Iaitu hadith no:662 dalam sunan At-Tarmizi berkenaan penerimaan ibadat sedekah oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan tangan kanannya) dan yang seumpamanya daripada riwayat-riwayat berkenaan Sifat-Sifat (Allah Subhanahu wa Ta'ala) dan (berkenaan sifat) turun Tuhan (Allah) Tabaraka Wa Ta'ala pada setiap malam ke Langit Dunia. Mereka mengatakan (bahawa) riwayat-riwayat dalam (hal) ini adalah thabit (sahih) dan diimani dengannya, tetapi tidak harus diwahamkan (dibayangkan) atau diperkatakan kaifiat (bentuk, ciri dan tatacaranya) nya. Demikianlah (apa) yang diriwayatkan daripada (Imam) Malik, Sufyan Ibn 'Uyainah dan 'abd Allah IbnAl-mubarak bahawa mereka berkata tentang hadith-hadith ini "Pelepaskanlah (terimalah) ia tanpa mempersoalkan bagaimana". Demikian pendapat para ulama dan kalangan Ahli sunnah Wa Al-Jamaah (Sunan At-Tarmizi, 3:50).
Setiap muslim wajib mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala berdasarkan ketiga-tiga jenis tauhid ini, dalam erti kata meyakini bahawa tiada sesuatu pun yang menjadi sekutu bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala, baik dari segi Rububiyyah-Nya, Uluhiyyah-Nya dan maupun dari segi Nama serta Sifat-Nya. Keimanan dan keyakinan ini dapat meneguhkan jati diri muslimdaripada terkeliru atau terheret ke dalam pelbagai bentuk fahaman atau amalan yang mengandungi unsur-unsur kesyirikan terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala, di samping membezakan mereka daripada golongan bukan Islam yang sememangnya mempersekutukan Allah dengan makhluk (Merujuk kepada Tauhid Al-Asma wa Al-Sifat, terdapat banyak)
Di samping pengakuan terhadap keesaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, Kalimat Syahadah juga mengandungi satu lagi pengakuan, iaitu: yang bermaksud: "Dan sesungguhya aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah". Pengakuan kedua ini juga merupakan satu lagi ikatan perjanjian antara seorang hamba dengan Allah subhanahu wa Ta'ala untuk menyatakan keimanan bahawa Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah yang terakhir yang diutuskan kepada umat akhir zaman untuk menyampaikan dan menjelaskan segala ajaran-Nya.
Dengan pengakuan ini setiap muslim wajid menerima dan mematuhi segala jaran yang disampaikan oleh Baginda shallallahu 'alaihi wasallam dengan penuh keimanan. Sama seperti pengakuan pertama, pengakuan kedua ini juga tidak membawa apa-apa makna jika tidak dibuktikan dengan usaha untuk mematuhi segala ajaran Baginda shallallahu 'alaihi wasallam melalui amal perbuatan (Sa'id Ibn Ali Al-Qahtani, Syarh Asma' Allah Al-Husna,hal:25). Seorang muslim yang tidak mengikuti ajaran Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dilihat seolah-olah meragui peranan Baginda shallallahu 'alaihi wasallam sebagai pesuruh Allah Subhanahu wa Ta'ala, sedangkan keraguan sedemikian adalah bercanggah dengan ciri-ciri keimanan sejati dan menggambarkan pembohongan dalam pengakuan syahadahnya.
Jika maklumat yang disampaikan oleh seorang menteri diterima sebagai fakta rasmi kerajaan, maka begitulah juga dengan maklumat yang disampaikan oleh Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam wajib diterima sebagai wahyu rasmi dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan bukan sebagai hikayat purba yang kononnya tidak lagi sesuai dengan zaman kemajuan. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Rasulullah) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya". (An-Nisa, 4:65)
Orang yang mengucap dua kalimah syahadah dituntut supaya melaksanakan segala tuntutan syahadah dengan hati yang lapang dan penuh ketaatan sebagai bukti keimanannya. Orang beriman bila mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran atau sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, tidak akan teragak-agak untuk menerima keseluruhan ajaran Islam kerana sebarang penolakan bererti melanggar ikatan perjanjian yang telah dia meteraikan sebelumnya. Jika seseorang pekerja buruh tidak tergamak melanggar kontrak perjanjian majikannya, maka manusia perlu labih bijak untuk tidak melanggar janjinya dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Justeru penghayatan dua kalimah syahadah ini mestilah terpasak kukuh dalam jiwa setiap muslim sebagai asas pembinaan jati diri mereka.
Jika maklumat yang disampaikan oleh seorang menteri diterima sebagai fakta rasmi kerajaan, maka begitulah juga dengan maklumat yang disampaikan oleh Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam wajib diterima sebagai wahyu rasmi dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan bukan sebagai hikayat purba yang kononnya tidak lagi sesuai dengan zaman kemajuan. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Rasulullah) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya". (An-Nisa, 4:65)
Orang yang mengucap dua kalimah syahadah dituntut supaya melaksanakan segala tuntutan syahadah dengan hati yang lapang dan penuh ketaatan sebagai bukti keimanannya. Orang beriman bila mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran atau sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, tidak akan teragak-agak untuk menerima keseluruhan ajaran Islam kerana sebarang penolakan bererti melanggar ikatan perjanjian yang telah dia meteraikan sebelumnya. Jika seseorang pekerja buruh tidak tergamak melanggar kontrak perjanjian majikannya, maka manusia perlu labih bijak untuk tidak melanggar janjinya dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Justeru penghayatan dua kalimah syahadah ini mestilah terpasak kukuh dalam jiwa setiap muslim sebagai asas pembinaan jati diri mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan