Jumaat, 9 April 2010

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS


Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS - sentiasa mengutamakan agama dalam berpolitik.”
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah 2:253, maksudnya: "Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggikan-Nya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan".
Selaku pemimpin yang mempunyai sifat ulamak, nilai kepimpinannya adalah religiously charismatic. Peribadi kehidupannya sentiasa mengutamakan ajaran agama. Penampilannya pula adalah berwatak alim, warak, sederhana dan mesra. Dalam menjalankan tugas, keputusannya mengutamakan hukum syarak dan syura. Pengarahannya adalah berpandukan maklumat yang dicari mahu pun yang diberitahu. Pada usia yang menghampiri 80 tahun, fikiran dan fizikal masih kental. Walaupun upaya fizikalnya memerlukan pengawasan perubatan.
Demikianlah rangkap huraian atas tokoh yang dikenali umum, yang terserlah sejak tahun 60-an sampai kini dihormati kekal menerajui Majlis Syura Ulamak melalui jawatan Mursyidul Am sejak dilantik selepas Tuan Guru Yusof Rawa kembali ke rahmatullah.
Pada 29 Mac lalu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah dilantik sebagai Mursyidul Am PAS. Atas pelantikan itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz kini memasuki tahun ke-20 selaku Menteri Besar Kelantan dilihat telah melonjak keyakinan jemaah menghadapi segenap cabaran perjuangan. Meskipun pelantikan tersebut atas sifat penerusan dan pemerkasaan Majlis Syura selepas Pendaftar Pertubuhan mengesahkan pindaan Perlembagaan PAS 2009 lalu, ia tetap dilihat penting untuk PAS selaku sebuah gerakan Islam yang mengutamakan kepimpinan berteraskanreligiously charismatic.
Oleh sebab itu, ramai berpendapat kekuatan institusi Majlis Syura dan jawatan Mursyidul Am adalah nilai keagamaan dan kekudusan sifat kepimpinan tertinggi parti dalam membayangi segala keputusan dasar, strategi, pelaksanaan dan pemantauan seluruh organ parti PAS.
Justeru itu, segala penghormatan, pengharapan dan pengupayaan PAS ada jawapannya di sebalik siapa orangnya yang dilantik selaku Mursyidul Am. Hakikatnya jawapan itu ada pada diri Tuan Guru Nik Abdul Aziz setakat mana yang saya kenal dan sepanjang waktu berada bersamanya di dalam jemaah.

Sehubungan itu, kekaguman saya secara peribadi terhadap bukti-buktireligiously charismatic beliau dapat ditampilkan dan disebut di sini. Antaranya adalah selalu memulakan ucapan dan ceramah dengan membaca ayat-ayat al-Quran, selalu berpesan kepada rakan-rakan pimpinan yang berceramah agar bersembahyang Maghrib/Isyak berjemaah di mana-mana masjid dalam perjalanan ke tempat ceramah, sentiasa mengamalkan zikir dan selawat bagi mendekati Allah, semasa berceramah mengutamakan menyebut Islam dan tidak sebut parti kecuali bila perlu sahaja, dan akan mengingatkan tempat untuk bersembahyang apabila bermusafir.
Religiously charismatic boleh difahami sebagai kehebatan mengamalkan prinsip kehidupan selaku pemimpin yang bijaksana dan kental berpegang kepada ajaran Islam. Ia tidak berlaku di kalangan pemimpin biasa atau orang awam. Hakikat sifat keulamakan yang zahir dalam diri rohani dan jasmani Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan manifestasi religiously charismatic.
Meskipun, charismatic difahami sebagai sifat pemimpin yang berupaya mencetus kuasa penarik untuk orang ramai menerima dan menghormatinya, namun apabila charismatic itu diikat dengan religiously, maka kekuatan amalan kepimpinan yang berkarisma itu sebenarnya adalah berteraskan ajaran agama yang merupakan satu anugerah Ilahi yang memantapkan kepimpinan seseorang. Nilai religiously charismatic itu boleh dipadukan dengan ketentuan Allah SWT di dalam mencipta seseorang itu menjadi pemimpin menuruti lunas-lunas agama. Sesuai dengan firman Allah (al-Baqarah 2: 253) bermaksud, “Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggikan-Nya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan”.
Justeru itu, kelebihan yang Allah kurniakan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah antara yang mungkin dikurniakan kepada para ulamak masyhur yang lain. Oleh itu, nilai karismatiknya adalah terserlah dalam perkara amalan kepimpinan yang dilihat tidak ada pada pemimpin yang sekular.
Dalam konteks memulakan ucapan dan ceramah dengan membaca ayat-ayat al-Quran, nilai karismatiknya adalah kehebatan seseorang pemimpin itu menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup. Ia bertujuan untuk mendidik rakyat berteraskan lunas yang jelas, iaitu kalimah Allah SWT.
Hal ini saya yakin tidak mampu dilakukan oleh pemimpin yang tidak komited dengan Islam (tidak menjadikan bacaan al-Quran sebagai ibadat harian). Sabda Nabi SAW yang maksudnya, “Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegang dengannya, iaitu Kitabullah (al-Quran) dan sunah Rasulullah SAW” (Riwayat Muslim); “Barang siapa membaca satu huruf dari al-Quran, maka baginya satu pahala dan satu pahala digandakan sepuluh kali” (Riwayat at-Tirmizi).
Sembahyang berjemaah
Begitu pula, langkah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang selalu berpesan kepada rakan-rakan pimpinan agar bersembahyang Maghrib/Isyak secara berjemaah di mana-mana masjid dalam perjalanan ke tempat ceramah. Kelebihan di sebaliknya adalah mengandungi makna besar sebagai pemimpin yang berjuang di medan politik-dakwah. Ia akan menzahirkan keupayaan pemimpin boleh menjadi imam atau makmum sembahyang di mana-mana tempat bersama-sama rakyat. Sekali gus membuktikan integriti beragama yang secara peribadinya selalu menjaga sembahyang berjemaah dan menjaga serta mendirikan sembahyang sebagai paksi dan tiang beragama.
Pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini adalah selari dengan sabda Nabi SAW yang maksudnya, “Sembahyang jemaah pahalanya melebihi sembahyang sendirian dengan dua puluh darjat” (Mutafaq’alaih); “tiga orang yang diredai Allah iaitu seorang yang pada tengah malam bangun dan sembahyang, suatu kaum (jemaah) yang berbaris untuk sembahyang, dan satu kaum berbaris untuk berperang” (Riwayat Abu Ya’la).
Hakikat ini akan membezakan pemimpin Islam dengan pemimpin sekular, kerana pemimpin yang sekular akan menepikan amalan sembahyang, lebih-lebih sembahyang berjemaah.
Sementara kehidupan seorang yang warak sudah pasti sentiasa mengamalkan zikir dan selawat bagi mendekati Allah. Bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku pemimpin jangan tak berzikir, kerana semasa berzikir kita akan dekat dengan Allah. Amalan zikir ini tidak diajar oleh demokrasi, kerana ia tiada dalam aturan demokrasi. Melainkan dalam Islam yang mengajar kita berzikir. Dimulakan dengan Bismillah dan sebutlah sentiasa nama-nama Allah dan diikuti dengan selawat kepada junjungan Nabi.
Seruan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini selari dengan sunah Nabi, sebagaimana sabdanya bermaksud, “tiada amal perbuatan anak Adam yang lebih menyelamatkannya dari azab Allah daripada zikrullah” (Riwayat Ahmad);“perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan yang tidak, seumpama orang hidup dan orang mati”(Riwayat Bukhari dan Muslim);
Demikian pula, semasa berceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan mengutamakan menyebut Islam dan tidak sebut parti kecuali bila perlu sahaja. Pendekatan ini dikira menepati dengan uslub dakwah yang mengambil kira semua pendengar dapat menerima atas lunas keislaman bukan kepartian.
Jika banyak menyebut parti, mungkin akan ada sebahagian pendengar akan rasa tersinggung atau menolak hujah yang disebut semasa berceramah. Ia berbeza, apabila hujah agama dijadikan sandaran, maka tidak akan ada orang menolak agama. Apabila mereka memahami agama, dan agama yang difahami itu adalah Islam, maka sampai masanya parti yang memperjuangkan Islam akan dapat difahami dan diterima.
Selanjutnya, sifat pemimpin Islam adalah mengutamakan sembahyang kerana ia tugas wajib hamba kepada Tuhan Yang Maha Pencipta. Sebenarnya bukan sifat pemimpin Islam apabila berpergian (bermusafir), ibadat sembahyang dikemudiankan, sebaliknya mengutamakan makan-minum ketika berpergian.
Saya teringat, betapa Arwah Ustaz Bunyamin Yaakob membandingkan kehebatan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebaik sahaja naik kereta untuk berpergian, maka akan disebut kepadanya ‘masjid mana kita nak berhenti sembahyang’. Sebaliknya, ada seorang pemimpin besar PAS yang lain, sebaik sahaja berpergian perkara pertama yang disebut ialah ‘kita nak berhenti makan di mana’. Demikian cerita Arwah Ustaz Bunyamin.
Maka, pengajaran besar bagi setiap ahli dan pemimpin di jalan politik-dakwah ialah mengingatkan tempat untuk bersembahyang dan menunaikan sembahyang sewaktu bermusafir diyakini akan mendapat berkat Allah SWT di sepanjang perjalanan, sehinggalah kita semua akan sampai dengan selamatnya ke tempat yang dituju.
Ia sesuai dengan amanat Rasulullah SAW apabila menghantar orang-orang mukmin yang akan memulakan perjalanan, baginda bersabda, “semoga Allah membekali kamu dengan takwa, mengarahkan kamu kepada segala kebaikan, melaksanakan bagi mu segala keperluan mu, menyelamatkan agama dan dunia mu, mengembalikan kamu pulang dengan selamat dan memperoleh keuntungan” (Riwayat Ibnu Babawih).
Demikianlah perspektif yang dapat ditonjolkan atas nilai-nilai religiously charismatic kepimpinan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan sebagaimana usia saya mengenali, mendampingi dan mendapat bimbingannya. Serlahan kepimpinan itu selayaknya akan ramai lagi pemimpin Islam, khasnya kalangan pemimpin parti PAS yang mengikut jejak ilmu politik-dakwah dan keperibadian hidup ibadatnya.
Selayaknya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz diberi kepercayaan untuk meneruskan tugas kepimpinan Majlis Syura PAS dengan jawatan Mursyidul Am, kerana ia memenuhi ciri-ciri Kepimpinan Ulamak yang menguruskan gerakan politik-dakwah, menyambung urusan sunah Nabi - memartabatkan agama dan mengurustadbir dunia dengan agama - dalam era kecanggihan dunia yang mencabar ini.
Wan Nik Wan Yussof ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Rabu, 24 Mac 2010

Selain Surat Al Fatihah, iblis menangis ketika turun ayat 135- 136 surat Ali Imran

Selain Surat Al Fatihah, iblis menangis ketika turun ayat 135- 136 surat Ali Imran:

Asbabun Nuzul:
Abdurrahman bin Ghannam Al-Daws mengisahkan bahwa sahabat Mu'adz bin

Jabal mendatangi Rasulullah dengan mengatakan ada seorang pemuda
tampan sedang menangis seperti anak kehilangan ibunya. Pemuda itu
lalu dipanggil masuk menghadap Rasulullah.

"Apa yang membuatmu menangis wahai pemuda?" tanya Rasulullah.

"Bagaimana aku tidak menangis ya Rasulullah, aku telah melakukan dosa
besar yang kurasa tidak mungkin diampuni Allah!"

Rasulullah pun langsung bertanya, "Apakah engkau mempersekutukanNya?"

Pemuda itu serta merta menjawab, "Aku berlindung kepada Allah supaya
aku tidak pernah menyekutukanNya"

"Apakah engkau membunuh seseorang yang diharamkan Allah untuk
membunuhnya?" tanya Rasulullah selanjutnya.

"Tidak ya Rasulullah!"

"Kalau begitu Allah akan mengampuni dosa-dosamu meskipun dosamu itu

sebesar gunung yang menjulang tinggi ke langit" kata Rasulullah.

Namun dengan tangis yang demikian keras pemudah itu berkata, "Dosaku
lebih besar dari gunung itu!"

"Allah akan mengampuni dosamu meski sebesar tujuh bumi berikut lautan
dan segala yang ada padanya" hibur Rasulullah sambil tersenyum.

"Namun ya Rasulullah dosaku lebih besar dari itu!"

Dengan sabar Rasulullah bersabda "Allah tetap akan mengampuni dosamu
meski dosamu sebesar langit berikut bintang gemintang dan
singasanaNya"

Kembali pemuda itu dengan memelas berkata, "Dosaku lebih besar dari

itu ya Rasulullah!"

"Wahai pemuda! Apakah dosa-dosamu yang lebih besar ataukah Tuhanmu?"

Maka tersungkurlah pemuda itu dengan mengatakan, "Subhanallah, tidak
ada yang lebih besar daripada Tuhanku!"

"Kalau begitu, dosa apa yang telah engkau perbuat?" sergah Rasulullah.

Lalu dengan berlinang air mata, pemuda itu berkisah, "Sudah tujuh
tahun ini pekerjaanku mencuri kain kafan mayat yang baru meninggal
untuk dijual di pasar. Pada suatu hari ada seorang anak gadis Anshar
meninggal dunia. Setelah dikubur dan ditinggalkan keluarganya,
kuburnya kugali dan kulucuti kain kafannya. Kutinggalkan mayat itu
dalam keadaan telanjang di bibir kuburan dan lalu aku bergegas pulang
membawa jarahanku. Di rumah aku membayangkan betapa mulusnya mayat
itu, sampai aku tergoda melihatnya kembali. Ketika melihat mayat
telanjang itu aku tidak dapat menguasai diriku sehingga aku
menggaulinya. Ketika itu seolah aku mendengar suara yang
mengatakan, 'Wahai pemuda, celakalah engkau di hadapan penghisab pada
hari kiamat kelak, tempatmu adalah di neraka…' Aku sangat terkejut
dan takut sekali. Bagaimana pendapatmu ya Rasulullah."

Dengan terkejut Rasulullah berkata, "Enyahlah engkau dari sisiku. Aku
takut akan terbakar bersama apimu!"

Pemuda itu segera pergi meninggalkan Rasulullah dengan wajah sangat
memelas. Ia pergi ke mengasingkan diri di suatu tempat. Selama empat
puluh hari ia menangis terus menerus memohon ampun kepada Allah, "Ya
Allah, ampunilah segala kesalahanku dan berilah wahyu kepada nabiMu.
Jika Engkau tidak mengampuniku, maka berikanlah segera aku siksaan
yang menghancurkanku di dunia ini, tetapi selamatkan aku dari siksaMu
di hari kiamat nanti…"

Rupaya tobat pemuda itu diterima Allah dengan turunnya ayat 135-136
Surat Ali Imran.

[3.135] Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji
atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon
ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni
dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan
kejinya itu, sedang mereka mengetahui.

[3.136] Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan
surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di
dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.
Setelah menerima wahyu itu, Rasulullah
bersama para sahabat berangkat mencari pemuda itu. Akhirnya pemuda
itu ditemukan di antara dua batu besar dalam keadaan lemah dengan
mata sembab karena banyak menangis. Rasulullah yang mulia kemudian
menghampiri pemuda itu dan membersihkan debu-debu yang menempel di
kepalanya sambil bersabda, "Aku ingin memberi khabar gembira kepadamu
bahwa engkau kini adalah orang yang dibebaskan Allah dari api neraka."

Kemudian Rasulullah berpaling kepada para sahabat yang mengikutinya
seraya berkata, "Beginilah seharusnya kalian menyertai dosa yang
kalian lakukan: seperti yang dilakukan oleh pemuda ini."

******

Shobat sekalian, renunglah kisah ini. Wajar saja iblis menangis!
Sesuai dengan akar kata namanya 'ablasa', iblis adalah makluk
terkutuk karena berputus asa terhadap rahmat dan ampunan Allah. Dan
turunnya ayat di atas membuat iblis juga berputus asa terhadap
keberhasilan pekerjaannya mengoda manusia supaya tersesat dari jalan
Allah yang lurus. Tangis putus asa iblis memuncak saat Allah
mengampuni dosa semua jemaah haji yang menjadi "arif" menemukan
hakikat diri setelah wukuf merenung di Arafah.

Pelajaran utama: Selama hayat dikandung badan, jika kita berdosa
janganlah pernah berputus asa terhadap rahmat dan ampunan Allah.

Hitam Putih Kehidupan: Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam - Nik Aziz

KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.




"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.

"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.



Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.



"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.



"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.



Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.



Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.



Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.



Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.



"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.



"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.



Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.



Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.



"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.



Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.



"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.



"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.



Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain. - mj_





Komentar :



Bagus Tok Guru. Apa la Mufti Perak ni. Ginilah, pergi jumpa Zambry Menteri Besar Perak Haramjadah, pastu isi borang keahlian UMNO. Kalau dah isi lagi bagus, panggil semua press , n then umumkan yang awak tu memang ahli UMNO. So, apa2 statement yang di keluarkan selepas ini kami tahu kamu bercakap atas kapasiti ahli UMNO. Amacam, ada bran?

Selasa, 23 Mac 2010

Menghayati Tuntutan Dua Kalimah Syahadah

Ucapan dua kalimah syahadah yang diucapkan oleh setiap muslim terdiri daripada dua pengakuan. Pertama, pengakuan; أشهد أن لا إله إلا الله yang bermaksud:"Sesungguhnya aku mengaku bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah". Pengakuan ini seolah-olah satu ikatan perjanjian antara seorang hamba dengan Allah  Subhanahu wa Ta'ala bahawa dia tidak akan menyembah selain daripada-Nya. Ikatan perjanjian ini adalah satu daripada ciri-ciri aqidah (ikatan kepercayaan) yang telah termeterai secara fitrah semenjak manusia berada di alam roh lagi, sebagaimana firman-Nya :

"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan ank-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka seraya berfirman; "Bukankah aku ini tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami) kami menjadi saksi".(Al-A'raf, 7:172)

Namun setelah manusia lahir ke dunia, di kalangan mereka ada yang terpesong oleh ajaran kedua ibu bapa mereka, lalu mereka melanggari perjanjian yang telah termeterai itu sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam:

" Tiada (bayi) yang dilahirkan melainkan (dia) dilahirkan mengikut fitrah, lalu kedua ibu bapanya yang menentukan sama ada dia menjadi yahudi, nasrani atau majusi, sebagaimana terhasil daripada seekor binatang itu anak yang sempurna, kamu tidak akan mendapati sebarang kecacatan padanya".( Shahih Al-Bukhari, no:1292 & 4497)

Justeru untuk mengembalikan setiap muslim kepada fitrahnya yang sebenar, maka mereka wajib menghayati makna pengangkuan yang pertama ini dengan membuktikannya melalui perbuatan (anggota badan) dan segala tingkah laku (zahir dan batin). Dengan perkataan lain pengakuan yang pertama ini mesti dihayati dengan maksud: " Sesungguhnya aku tahu, aku mengaku dan aku percaya bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa aku menyata  dan menzahirkan yang demikian itu dengan kata-kataku (lidah), perbuatanku (anggota badan) dan segala tingkah laku (zahir dan batin)". (Abd Karim Zaidan, Usul Ad-Dakwah,hal:18)

Fitrah semulajadi manusia mengakui wujudnya Tuhan yang menjadikan segala makluk, menguasai seluruh alam, berkuasa melaksanakan segala kehendak-Nya, berkuasa memberi rezeki, manfaat dan mudarat serta menghidup dan mematikan. Keimanan dari sudut kewujudan dan kekuasaan Tuhan ini dinamakan  Tauhid Rububiyyah, iaitu pengakuan  dan kepercayaan  bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala itulah sebenar-benar Tuhan yang memiliki dan berkuasa menjadikan segala makhluk. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Sesungguhnya tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia bersemayyam dia atas Arsy".(Al-A'raf, 7:54 dan Yunus, 10:3, Bersemayam di atas Arsy adalah satu sifat Allah yang wajib kita imani sesuai dengan kebesaran dan kesucian-Nya)

Akan tetapi Tauhid Rububiyyah ini tidak cukup untuk membezakan orang Islam daripada golongan bukan Islam kerana golongan kafir itu juga secara fitrahnya mentauhidkan (mengesakan) Allah Subhanahu wa Ta'ala dari segi rububiyyahNya, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

"Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui".(Az-Zukhruf,43:9)

Dalam ayat lain Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka:"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu merekaakan menjawab: "Allah". Jika demikian, maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakan-Nya)?" (Az-Zukhruf,43:87)

Kedua-dua ayat di atas jelas menunjukkan bahawa golongan musyrikin juga menyatakan keimanan mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai Tuhan Yang Maha Pencipta, dalam erti kata mereka menthauhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala dari segi rububiyyah-Nya. Dalam konteks ini, mereka dilihat sama dengan seorang muslim yang juga beriman dan mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai Tuhan Yang Maha Pencipta.

Justeru untuk membezakan umat Islam daripada golongan bukan Islam, Tuahid Rububiyyah mesti digabungkan pula dengan satu lagi jenis Tauhid yang diistilahkan sebagai Tauhid Uluhiyyah. Iaitu pengakuan dan kepercayaan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala itulah satu-satunya Tuhan yang berhak untuk disembah, dan bahawa tiada sekutu bagi-Nya dalam setiap perkara ibadat (Ibadat ialah kata nama yang merangkumi segala amalan yang disukai dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta'ala, baik perkataan maupun perbuatan zahir ataupun batin).

Prinsip Tauhid Uluhiyyah ini menuntut setiap muslim supaya mengesakan Allah dalam segala jenis ibadat, sama ada ibadat umum seperti bekerja mencari rezeki atau ibadat khusus seperti solat, zakat, puasa, haji, berdoa, berzikir, menyembelih binatang, melahirkan rasa takut, rasa mengharap, rasacinta dan sebagainya. Dengan prinsip pengesaan ini, maka tauhid Uluhiyyah dilihat sebagai satu daripada dua jenis tauhid (Satu lagi ialah Tauhid Al-Asma' Wa As-Sifat yang akan dibincang selepasnya) yang membezakan umat Islam daripada golongan bukan Islam.

Kewujudan Tauhid Uluhiyyah dalam diri manusia memastikan juga kewujudan Tauhid Rububiyyah dalam diri mereka, tetapi sebaliknya, kewujudan Tauhid Rububiyyah sahaja tidak menjamin kewujudan Tauhaid Uluhiyyah itu. Dengan perkataan lain, orang yang berpegang dengan Tauhid Uluhiyyah pasti berpegang juga dengan Tauhid Rububiyyah, tetapi orang yang berpegang dengan Tauhid Rububiyyah sahaja tidak semestinya berpegang dengan Tauhid Uluhiyyah. Disebabkan tidak ada Tauhid Uluhiyyah inilah, maka golongan musyrikin telah mempersekutukan Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan sesuatu yang lain dalam ibadat, meskipun mereka mengakui-Nya sebagai Tuhan Yang Maha Pencipta. Allah Subhanahu wa Ta'ala
berfirman:

"Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat yang suci dan bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil mereka berkata):"Kami tidak menyembahnya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya",

Sesungguhnya Allah akan menghukum mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang tetap berdusta lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)". (Az-Zumar, 39:3)

Sejarah penyembahan berhala oleh manusia bermula bukan kerana mereka menganggap berhala itu tuhan, tetapi ia bermula kerana sikap melampau manusia dalam memuja manusia sehingga mendorong mereka mengukir patung yang kemudiannya mereka jadikannya sebagai wasilah (perantaraan) untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah. Dalam proses ini, mereka telah mempersekutukan Allah dengan makhluk dalam perkara ibadat lalu mereka terjerumus ke lembah kekufuran.

Semua penyelewengan dalam agama-agama yang berkonsepkan pemyembahan patung seperti Kristian, Hindu, Budha dan Confusisme adalah disebabkan kepincangan dari sudut Tauhid Uluhiyyah. Disini jelas kepada kita bertapa pentingnya pemahaman dan penghayatan Tauhid Uluhiyyah  dalam proses pembinaan jati diri muslim kerana ia akan mengawal mereka daripada terpesong kejalan kekufuran serta dapat membezakan mereka daripada golongan bukan Islam. Oleh sebab itu, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjadikan Tauhid Uluhiyyah sebagai masej utama para rasul dalam dakwah mereka, sepertimana firman-Nya:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang  Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut ... (Taghut: ialah Syaitan, berhala dan apa sahaja yang menyesatkan. Lihat : Tafsir Pimpinan Ar_Rahman, hal:639, An-Nahl, 16:36)

Selain daripada Tauhid Uluhiyyah, satu lag jenis Tauhid yang membezakan  umat Islam daripada golongan bukan Islam ialah Tauhid Al-Asma' Wa As-Sifat, iaitu mengesakan Allah Subhanahu wa Ta'ala dari segi Nama dan sifat-Nya tanpa mempersekutukan-Nya dengan nama-nama dan sifat-sifat makhluk. Setiap muslim wajib beriman dengan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana yang tersebut dalam Al-Quran dan As-Sunnah kerana keimanan kepada Nama-Nama dan Sifat-Sifat itu merupakan salah satu cara untuk mengenali-Nya, sedangkan mengenal Allah Subhanahu wa Ta'ala itu adalah asas bagi akidah Islam. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

"Dan Allah mempunyai nama-namayang baik (yang mulia), maka serulah dan berdoalah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang telah mereka kerjakan". (Al-A'raf, 7:180)

Melalui Tauhid Al-Asma' Wa As-Sifat umat Islam dilihat berbeza dengan golongan bukan Islam kerana mereka (golongan bukan Islam) itu telah mempersekutukan Sifat-Sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan sifat-sifat makhluk. Golongan Nasrani misalnya telah menyifatkan Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai mempunyai anak, manakala golongan Hindu dan penganut agama Greek purba pula mempercayai adanya banyak tuhan yang memiliki spesifikasi sifat dan tugas yang berbeza. Justeru bagi mengelakan kekeliruan dalam penghayatan Tauhid Al-Asma' Wa As-Sifat ini, setiap muslim wajib berpegang dengan beberapa prinsip penting, antaranya:


  • Pertama : Bahawa Allah subhanahu wa Ta'ala hanya bersifat dengan Sifat-Sifat kesempurnaan (Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, Badai' Al-Fwaid, 1:177). Allah tidak layak disifat dengan sifat-sifat kekurangan, bahkan tindakan menyifatkan-Nya dengan sifat kekurangan dilihat sebagai satu daripada bentuk ilhad (anti ketuhanan). Dalam konteks ini Imam Ibn Al-Qayyaim berkata (maksudnya):
Dan jenis ilhad yang ketiga ialah menyifatkan-Nya dengan sifat kekurangan yang Dia Maha suci daripadanya, seperti kata yahudi bahawa Allah itu fakir, Dia beristirehat setelah selesai menjadikan sekelain mahkluk dan Tanga Allah itu terbelengu. (Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, Badai'Al-Fawaid,1:179)





  • Kedua : Bahawa Nama-Nama dan Sifat-Sifat yang khusus bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak boleh dikongsi oleh sebarang makhluk. jika berlaku perkongsian nama sesuatu sifat antara Allah dan makhluk, maka ia tidak boleh difahami dengan maksud penyamaan sifat tersebut, kerana persamaan nama dan sifat tidak semestinya menggambarkan persamaan hakikat sifat berkenaan (Sa'id Ibn Ali Al-Qahtani, Syarh Asma' Allah Al-Husna Fi Dau'Al-Kitab Wa as-Sunnah, hal:51). Ini sejajar dengan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :  "Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (zat,Sifat-Sifat dan pentadbiran) Nya, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat". (Asy-Syura 42:11)
Jika berlaku perkongsian beberapa sifat tertentu antara Allah dan makhluk seperti sifat Al-Yad (Tangan), Al-Hayy (Maha Hidup), As-Sami (Maha Mendengar) dan Al-Basir (Maha Melihat), maka ia mesti difahami dalam konteks yang berbeza, bersesuaian dengan zat masing-masing. Dengan perkataan lain, sifat Tangan, Maha Hidup, Maha Mendengar dan Maha Melihat yang ada pada Allah Subhanahu wa Ta'ala mesti difahami dalam konteks yang bersesuaian dengan keagungan dan ketuhanan-Nya, manakala sifat tangan, hidup, mendengar dan melihat yang ada pada makhluk pula mesti difahami dalam konteks yang bersesuaian dengan kejadian dan kemakhlukannya. Dalam konteks ini, Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah menjelaskan (maksudnya) :

Maka tidak dapat tidak mesti menetapkan apa yang telah Allah tetapkan  bagi diri-Nya dan menafikan penyerupaan-Nya dengan makhluk-Nya. Sesiapa yang kata Allah tidak ada ilmu, tidak ada kekuatan, tidak ada kasihan belas, tidak ada percakapan, tidak ada ksih sayang, tidak ada keredhaan, tidak memanggil, tidak menyeru dan tidak bersemayam maka dia adalah seorang pembatal yang ingkar (terhadap sifat Allah) dan yang menyamakan Allah dengan benda yang tiada atau benda yang kaku.

Manakala sesiapa yang kata ilmu-Nya seperti ilmuku, kekuatan-Nya seperti kekuatanku, kasih sayang-Nya seperti kasih sayangku, keredhaan-Nya seperti keredhaanku, tangan-Nya seperti tanganku dan duduk bersemayam-Nya seperti duduk bersemayamku, maka dia adalah seorang musyabbih yang menyamakan Allah dengan haiwan (makhluk). Justeru, tidak dapat tidak mesti menetapkan tanpa penyamaan dan mesti mensucikan tanpa pengingkaran (Ibn Taimiyyah, Ar-Risalah-at-Tadmuriyyah,hal:30. Dalam Syarh asma,Allah Al-Husna, hal:64)
  • Ketiga : Bahawa Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah subhanahu wa Ta'ala yang disebut dalam Al-Quran dan Al-Sunnah wajib diimani secara zahir dan hakiki, tanpa ta'til (takwilan yang membatalkan makna), tanpa tajsim (membentuk rupa makna), tanpa tajsim (menjasadkan makna), tanpa tahrif (menyelewengkan makna), dan tanpa tahthil (mengumpamakan makna dengan sesuatu). Dalam  konteks ini Imam At-Tarmizi berkata (maksudnya):
Dan sungguh bukan seorang daripada ahli ilmu telah berkata tentang hadith ini (Iaitu hadith no:662 dalam sunan At-Tarmizi berkenaan penerimaan ibadat sedekah oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan tangan kanannya) dan yang seumpamanya daripada riwayat-riwayat berkenaan Sifat-Sifat (Allah Subhanahu wa Ta'ala) dan (berkenaan sifat) turun Tuhan (Allah) Tabaraka Wa Ta'ala pada setiap malam ke Langit Dunia. Mereka mengatakan (bahawa) riwayat-riwayat dalam (hal) ini adalah thabit (sahih) dan diimani dengannya, tetapi tidak harus diwahamkan (dibayangkan) atau diperkatakan kaifiat (bentuk, ciri dan tatacaranya) nya. Demikianlah (apa) yang diriwayatkan daripada (Imam) Malik, Sufyan Ibn 'Uyainah dan 'abd Allah IbnAl-mubarak bahawa mereka berkata tentang hadith-hadith ini "Pelepaskanlah (terimalah) ia tanpa mempersoalkan bagaimana". Demikian pendapat para ulama dan kalangan Ahli sunnah Wa Al-Jamaah (Sunan At-Tarmizi, 3:50).

Setiap muslim wajib mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala berdasarkan ketiga-tiga jenis tauhid ini, dalam erti kata meyakini bahawa tiada sesuatu pun yang menjadi sekutu bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala, baik dari segi Rububiyyah-Nya, Uluhiyyah-Nya dan maupun dari segi Nama serta Sifat-Nya. Keimanan dan keyakinan ini dapat meneguhkan jati diri muslimdaripada terkeliru atau terheret ke dalam pelbagai bentuk fahaman atau amalan yang mengandungi unsur-unsur kesyirikan terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala, di samping membezakan mereka daripada golongan bukan Islam yang sememangnya mempersekutukan Allah dengan makhluk (Merujuk kepada Tauhid Al-Asma wa Al-Sifat, terdapat banyak)

Di samping pengakuan terhadap keesaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, Kalimat Syahadah juga mengandungi satu lagi pengakuan, iaitu: yang bermaksud: "Dan sesungguhya aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah". Pengakuan kedua ini juga merupakan satu lagi ikatan perjanjian antara seorang hamba dengan Allah subhanahu wa Ta'ala untuk menyatakan keimanan bahawa Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah yang terakhir yang diutuskan kepada umat akhir zaman untuk menyampaikan dan menjelaskan segala ajaran-Nya.

Dengan pengakuan ini setiap muslim wajid menerima dan mematuhi segala jaran yang disampaikan oleh Baginda shallallahu 'alaihi wasallam dengan penuh keimanan. Sama seperti pengakuan pertama, pengakuan kedua ini juga tidak membawa apa-apa makna jika tidak dibuktikan dengan usaha untuk mematuhi segala ajaran Baginda shallallahu 'alaihi wasallam melalui amal perbuatan (Sa'id Ibn Ali Al-Qahtani, Syarh Asma' Allah Al-Husna,hal:25). Seorang muslim yang tidak mengikuti ajaran Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dilihat seolah-olah meragui peranan Baginda shallallahu 'alaihi wasallam sebagai pesuruh Allah Subhanahu wa Ta'ala, sedangkan keraguan sedemikian adalah bercanggah dengan ciri-ciri keimanan sejati dan menggambarkan pembohongan dalam pengakuan syahadahnya.

Jika maklumat yang disampaikan oleh seorang menteri diterima sebagai fakta rasmi kerajaan, maka begitulah juga dengan maklumat yang disampaikan oleh Nabi Muhammad  shallallahu 'alaihi wasallam wajib diterima sebagai wahyu rasmi dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan bukan sebagai hikayat purba yang kononnya tidak lagi sesuai dengan zaman kemajuan. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Maka demi Tuhanmu, mereka  (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Rasulullah) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya". (An-Nisa, 4:65)

Orang yang mengucap dua kalimah syahadah dituntut supaya melaksanakan segala tuntutan syahadah dengan hati yang lapang dan penuh ketaatan sebagai bukti keimanannya. Orang beriman bila mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran atau sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, tidak akan teragak-agak untuk menerima keseluruhan ajaran Islam kerana sebarang penolakan bererti melanggar ikatan perjanjian yang telah dia meteraikan sebelumnya. Jika seseorang pekerja buruh tidak tergamak melanggar kontrak perjanjian majikannya, maka manusia perlu labih bijak untuk tidak melanggar janjinya dengan Allah Subhanahu  wa Ta'ala. Justeru penghayatan dua kalimah syahadah ini mestilah terpasak kukuh dalam jiwa setiap muslim sebagai asas pembinaan jati diri mereka.




         








Isnin, 8 Mac 2010

Ustaz Azhar Idrus - Dosa Pemimpin Yg Membuat Mungkar

As Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood

As Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood

( Membicarakan syahid sebelum kesyahidannya)

" ..sesuatu yang mesti diingatkan kepada saudara-saudara yang masih hidup lagi sesudah kami para mujahiddin ini bertemu dengan Allah swt di dalam syurga firdaus. Kalau saudara/i masih hidup lagi akan berdosa kepada Allah sekiranya zuriat akan datang akan kencing di atas kubur-kubur saudara kerana saudara hidup tidak mahu berjuang dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. Kami para mujahiddin yang sudah mati syahid dan dikuburkan berserta darah-darah merah.. kami berada di syurga dan saudara-saudara tetap berdosa dengan Allah Taala seandainya saudara masih berdiam diri..."
.
Itulah antara ucapan-ucapan jihad dari Assyahid Ibrahim Mahmood atau turut dikenali sebagai Ustaz Ibrahim Libya dalam majlis tamrin khusus kepada ahli-ahli Pas Kawasan Baling dalam tahun 1985. Beliau seolah-olah telah mengetahui saat kesyahidannya dan membayangkan telahpun berada di syurga firdaus menikmati penghormatan Tuhannya.
.
" Insyaallah kalau kita dapat mati syahid, inilah suatu kematian yang istimewa dalam dunia ini. Tuan-tuan janganlah cuba melangkah kaki berpaling ke belakang dari perjuangan Islam. Ketika kita melangkah berundur dari musuh kita, ketika kita ditembak mati, dalam hal seperti itu maka kita mati seperti mati katak. Tetapi kalau kita berada dan berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang menyekat pergerakan Islam, maka kita akan mencapai mati syahid.."
.
" Orang-orang yang mati syahid ini, tulang temulangnya serta kulit mereka tidak reput untuk selama-lamanya. Mereka tinggal di bawah tanah serta semerbak harum bau mereka. Sesungguhnya orang yang mati syahid adalah orang-orang yang duduk setaraf atau satu saf dengan penghulu para syuhada, Syaidina Hamzah bapa saudara Rasulullah Saw yang gugur syahid di medan pertempuran Uhud bersama 70 orang para syuhada Uhud. Orang-orang yang mati syahid tidak dihisap dan ditimbang menimbang akan dosa dan pahala mereka di padang Mahsyar kelak. Mereka terus masuk syurga dengan izin Allah. Malah mereka dapat pula memberi berkat kesyahidannya itu kepada 70 orang sahabat handai dan saudara mereka untuk memasuki syurga firdaus Allah SWT di akhirat"
.
"..Mereka ini akhirnya apabila mati dalam hal itu dinamakan mati syahid yang telah diambil mereka itu akan dibawa ke dalam syurga Firdaus menjadi burung-burung hijau dan memakan makanan-makanan syurga sejak daripada mula malam mereka gugur syahid itu atau siangnya tanpa ditanya atau dipersoalkan lagi.."
.
Siapa Assyahid Ibrahim Mahmood?
.
Sebelum tragedi itu, namanya kurang dikenali ahli Pas kerana Assyahid lebih aktif di Negeri Kedah sahaja. Apabila mendengar warta berita malam itu dan kejayaan pihak keselamatan dalam operasi membenteras kumpulan ajaran sesat, penyusun terbungkam dengan pertanyaan 'siapa pula penjenayah' ini kerana terlihat kaum wanita bertudung labuh hitam dan berkopiah putih di kaca TV. Sebelum itu penyusun turut ada pengalaman diserbu pihak keselamatan ketika duduk mendengar ceramah politik di Kuala Lumpur. Memang kecut perut juga bila diserbu begitu dengan silauan lampu kamera dan tubuh-tubuh gempal menerpa ketika kami asyik mendengar syarahan pimpinan.
.
Keesokan harinya, media-media masa negara bertali arus memaparkan kejadian berdarah tersebut dan itulah kali pertama penyusun mengenali nama Ibrahim Libya dan Memali. Tanda persoalan bertambah kusut apabila melihat bendera bulan di pagar rumah mangsa. Sebilangan sahabat-sahabat turut bingung dan berhati-hati untuk mengulas kejadian tersebut. Pihak yang tidak menggemari kerja-kerja dakwah turut menunding jari kepada ahli-ahli Pas kerana terpengaruh tuduhan tragedi itu berlaku kerana angkara puak pelampau agama, pendakwah dan ajaran sesat. Penyusun masih ingat betapa sukarnya rakan-rakan yang aktif dalam kerja dakwah di pejabat berdepan dengan rakan-rakan sekerja yang masih 'happy go lucky' dan ada muslimat yang bertudung didiskriminasi dan dimalukan.
.
Beberapa hari berikutnya, satu perhimpunan untuk mendengar taklimat pimpinan telah diadakan di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar. Waktu itu, bangunan markaz masih kecil dan dalam pembinaan. Kami berasak-asak dalam dewan yang kecil dan penyusun duduk betul-betul di tepi rostrum penceramah. Apabila Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berucap menjelaskan keadaan sebenar tragedi itu, hati begitu diruntun sayu dan bila beliau terhenti berucap dan tersedu, tanpa sedar airmata pun jatuh berderai. Penyusun melihat hampir kesemua hadirin turut menangis sehingga ada terdengar suara tangisan lelaki agak kuat. Antara yang penyusun melihat mengesat airmata ialah Ustaz Nakhaei Hj Ahmad Naib Yang Dipertua Agong Pas ( sebelum berpaling meninggalkan jamaah) kerana penyusun duduk bersebelahan beliau.
.
Di majlis tergempar itulah penyusun mendapat maklumat sebenarnya. Apa yang dipaparkan oleh media utama negara cukup bercanggah dengan taklimat pimpinan Pas. Tragedi itu betul-betul menjadi isu besar kepada negara dan paling memilukan dalam perjuangan Pas. Berbulan-bulan media masa melaporkan haru-biru ini dan hampir kesemua pihak lawan menyalahkan assyahid Ibrahim Mahmood dan pengikutnya kerana dianggap penjenayah, mengamal ajaran sesat, pelampau, bughah dan sebagainya. Sebelum itu, kami nyaris termakan pembohongan bila ditunjukkan ada gambar pengikut tersebut memakai tangkal di pinggang dan meminum air yasin dalam kolam untuk kebalkan diri.
.
Majlis Fatwa samada peringkat Kebangsaan atau Kedah diarahkan menyiasat perkara tersebut, apatah lagi bila ahli-ahli Pas mendakwa mereka adalah para syuhada berdasarkan matlamat perjuangan dan tanda-tanda kesyahidan pada batang tubuh mereka. Penyusun kira pihak berkenaan juga panas miang dan terdesak untuk menyakinkan rakyat bahawa para syuhada itu golongan subersif, sesat dan membahayakan negara. Mereka ( pimpinan politik) ada yang tidak sabar mengeluarkan kenyataan sebelum siasatan majlis fatwa. Sebagaimana yang dijangkakan maka fatwa mengatakan mangsa-mangsa di Memali adalah 'bughah' dan tidak syahid ma'rakah, iaitu bukan syahid perang menentang golongan yang menentang pergerakan Islam. Antara ulama rasmi yang ditugaskan menyiasatnya ialah seorang mufti dan beberapa hari kemudiannya terpampang pula dalam akhbar beliau meninggal dunia secara mengejut.
.
Mimpi
.
Dalam suasana muram itu, kami mendapat berita terkini oleh pihak tertentu bahawa ada seorang Tuan Guru Pondok di Kedah telah bermimpi bertemu assyahid. Almarhum kononnya memberitahu 'tunggulah seratus hari' maka kami pun tertunggu-tunggulah hari tersebut. Penyusun melakarkan kisah ini hanyalah untuk mengimbas kembali situasi gawat waktu itu dan kesimpatian kami yang mendalam terhadap para sahabat yang telah mendahului kami dalam perjuangan ini. Ironisnya, saban hari membelek bilangan hari di kalendar hingga hari ke seratus.. tidak pulak kami melihat sebarang tanda perubahan. Maha suci Allah yang menguasai alam ini, apakala tersibar berita gempar dalam negeri tentang surat perletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, sesalinan surat perletakan jawatan yang tersibar luas itu tercatat tarikh 'bertepatan' hari keseratus mengikut kalendar hijrah. Lagi sekali airmata penyusun berlinangan tanpa malu mengenang kebobrokan manusia yang hilang kewarasan demi menyahut kebatilan.
.
Teringatlah penyusun akan kata-kata Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis taklimat selepas tragedi itu:
.
" Apabila engkau melihat umatku takut untuk berdepan dengan orang-orang yang zalim dan berkata kepada orang-orang yang zalim itu, wahai si zalim! ( tidak berani mengatakan zalim kepada mereka) maka diterimalah ucapan selamat tinggal daripadanya" - hadith riwayat Imam Ahmad.
.
"Dalam satu riwayat yang lain, maka perut bumi lebih baik dari atasnya. Suatu amanat dari Rasulullah saw yang menjadi pegangan teguh kepada kita.. "
.
Pada kesempatan yang lain pula, penyusun menghadirkan diri dalam kuliah bulanan almarhum Ustaz Dato' Fadhil Noor, Presiden Pas di Masjid Ar Rahman, Kuala Lumpur. Di sana secara tidak langsung almarhum telah meriwayatkan kisah seorang sahabat Nabi saw yang bertekad untuk mati syahid dalam suatu peperangan, beliau telah melilitkan sehelai kain merah dan terus ke medan perang untuk syahid. Ini memutarkan ingatan penyusun kepada dakwaan yang mengatakan ada pengikut assyahid Ibrahim Mahmood memakai tangkal kain di perutnya sebagai tangkal kebal( baca perenggan kesembilan di atas). Jelas betapa kekeliruan dan kejahilan jika kita tidak mengkaji perjalanan sirah Nabi sehingga apa yang tersimpul dalam benak kepala itu rupa-rupanya sudah terjawab di zaman Rasulullah saw sendiri.
.
Kemudian, apabila berlaku pergeseran antara dua pihak dalam UMNO sehingga terbentuknya 2 team dan berakhir pula kepada pengharaman parti kebangsaan tersebut. Lagi sekali media masa tanpa sedar memaparkan perang mulut kalangan mereka hingga saling tuduh menuduh punca angkara tragedi berdarah itu. Akhirnya, ahli-ahli Pas khususnya termaklumlah akan siapa banjingan utama dalam kejadian tersebut dan siapa pula pihak yang menjulang panji kebenaran. Mereka membuka pekung sendiri dan tidak mustahil percikan darah syuhada itu telah mengenai pakaian orang-orang memfitnah para syuhada tersebut.
.
Biografi Asy Syahid
.
Ustaz Ibrahim Mahmood dilahirkan dalam tahun 1944 di Kampung Memali, Baling ketika masih dalam zaman pendudukan tentera Jepun. Baling adalah sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman, sebelum ini terkenal sebagai daerah termiskin dan retetannya para petani yang disokong oleh para mahasiswa negara pernah mengadakan demotrasi terbesar di awal tahun 1970an. Di sana jugalah terjadinya perundingan antara pentadbiran kerajaan Tanah Melayu dengan pimpinan parti kominis Malaya pimpinan Ching Peng.
.
Ketika penyusun sempat bertugas di pekan Baling ini beberapa tahun lalu, penyusun dapati pembangunan daerah ini agak perlahan tetapi tidaklah seteruk dalam gambaran pemikiran sebelum menjejakkan kaki ke sana. Keperitan hidup petani mungkin tidak menyamai kepedihan luka-luka peninggalan tragedi berdarah yang ditanggung oleh waris peninggalan para syuhada dan mereka yang cedera. Cemuhan dan lebel sebagai keluarga pengkhianat negara sudah cukup membekas dalam sanubari. Pihak yang tidak menyenangi assyahid di Memali masih menaruh syak wasangka bahawa mereka 'tidak syahid' dan terus menyakininya.
.
Berdasarkan latar belakang pendidikan dan kerjayanya, terbukti assyahid mendapat pendidikan yang terbaik. Bermula dari pendidikan Islam asuhan ayahandanya Tuan Haji Mahmood seorang guru agama yang disegani dan kemudiannya ke Madrasah Khairiah Poko Sena. Assyahid meneruskan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi di Nilam Puri untuk beberapa tahun sebelum belayar ke Lucknow dan Durban, India mendalami hadith. Beliau sempat berguru dengan tokoh ulama Islam tersohor di abad ini iaitu Maulana Sayyid Abul Hassan Ali Nadwi. Assyahid berada selama lebih kurang empat tahun di India sebelum melanjutkan pengajian ke Azhar, Mesir. Lepas itu menamatkan pengajiannya di Libya pula.
.
Bertugas di Jabatan Perdana Menteri
.
Dalam buku kisah perjuangannya, dinyatakan bahawa assyahid kembali ke tanahair awal tahun 1970an, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengarah di Institut Dakwah Islamiah Malaysia. Sebagaimana telah dijangka bahawa assyahid tidak sanggup berada lama di bawah ikatan pemerintah yang tidak berpaksi kepada tuntutan agama, lalu meninggalkan segala kedudukannya untuk balik ke kampung halaman mencurahkan bakti sebagai pendakwah, pendidik dan bergerak aktif dalam politik Islam.
.
Membina Madrasah
( sambungan kisah ini akan diteruskan setelah penyusun menemubual adik assyahid iaitu Ust. Ismail Mahmood, beliau juga turut tercedera dalam tragedi tersebut)

posted by akram @ 12:15 AM 7 comments
Monday, March 27, 2006
As Syahid Fauzi Ismail
Pendahuluan
.
Firman Allah yang bermaksud:
.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang untuk jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh" At Taubah:111
.
Tahun 1980an banyak merakamkan peristiwa penumpahan darah para syuhada tanahair ini sebagaimana yang dicatatkan di Memali dan Lubuk Merbau. Dalam pada itu, ribuan para mujahiddin bermandikan keringat dan darah di Afghanistan, Chechnya, Iran, Arakan, Moro, Kashmir, Pattani, penyembelihan di Tanjung Periuk dan bumi Aceh di Indonesia.
.
Di medan pertempuran bumi Afghanistan, ramai pula anak bangsa kita turut berjuang atas nama agama. Di antaranya ada dua anak Melayu yang telah diterima dagangnya oleh Al Khaliq. Salah seorang darinya ialah Assyahid Fauzi Ismail. Bagi mengenang gugurnya putera Melayu itu maka saya muat-turunkan selingkar kisah dari buku 'Dagangnya Diterima Allah' tulisan saudara C.N Al Afghani untuk tatapan pengunjung laman web ini.
.
Latar Belakang Assyahid
.
Fauzi Ismail ialah anak kampung Kelut dalam Pokok Sena, Kedah. Dilahirkan dalam pada 1 September 1962, anak muda yang periang dan kental dengan semangat perjuangan ini merupakan pemuda PAS yang istiqomah mempertahankan tapak pusat pengajian Muassasah Darul Ulum iaitu projek terbesar PAS Kedah dalam tahun 1987. Muassasah ini terletak di Batu 14 1/2 Jalan Kuala Nerang berkeluasan lebih kurang 48 relung. Apabila berlaku rampasan sebahagian tanah tapak projek oleh pihak berkuasa, ratusan pemuda telah menawarkan diri untuk mengawal muassasah tersebut. Assyahid antara pemuda yang sanggup berjaga malam di sana.
.
Miskipun tidak mempunyai pendidikan asas agama yang mendalam tetapi semangat untuk menghayati perjuangan agama begitu kental. Sebelah siangnya beliau membuka kedai runcit di kampung dan malam pula dipenuhi dengan aktiviti keagamaan seperti mengaji al Quran, mengikut kuliah pengajian agama dan berusrah di tapak muassasah itu. Bermalam di sana memang mencabar kerana bertemankan nyamuk dan kedinginan malam. Mereka juga melibatkan diri dalam kerja sosial di kawasan setempat.
.
Fitnah
.
Penglibatan pemuda-pemuda di Muassasah tersebut rupanya kurang disenangi oleh banyak pihak samada pihak luar maupun veteran-veteran PAS sendiri. Ekoran dari itu pihak berkuasa tempatan telah mengawasi mereka, lebih-lebih lagi bila aktiviti seni pertahanan diri diamalkan di sana. Guru silat mereka telah dilucutkan tauliah mengajar gara-gara tekanan pihak tertentu. Tekanan banyak pihak ini benar-benar mencabar mereka untuk bermujahadah di jalan Allah.
.
Berjihad
.
Idea untuk berjihad bersama mujahiddin di bumi Afghanistan tercetus selepas menyaksikan kekejaman kaum kuffar menzalimi saudara-saudara seagama di sana. Ekoran dari itu mereka bersepakat untuk mewakafkan diri sebagai anggota mujahiddin. Setelah bersusah payah mencari wang perbelanjaan untuk pergi ke bumi yang sedang bergelora itu, akhirnya sebilangan anak muda dari tapak muassasah ini berjaya menyertai lain-lain sukarelawan perang jihad dari berbagai negara.
.
Dagangnya dibeli Allah
.
Assyahid dan rakan-rakannya berpeluang kali pertama melawat kem musuh dan bandar Argoon yang telah menjadi padang jarak padang terkukur ditawan oleh mujahiddin. Bangkai musuh masih terbiar di jalanan tetapi keadaan cuaca yang begitu sejuk di sana menyebabkan bangkai tersebut tidak busuk. Berjuang di sini begitu mencabar ketika di musim sejuk kerana kedinginannya begitu mencengkam hingga ke tulang hitam.
.
Di Khemah, mereka berkawal dan bertugas mengikut jadual. Berpuasa sunat, sholat malam dan latihan jasmani dilakukan. Suatu pagi, dikisahkan assyahid ini bangun mandi sedangkan waktu itu musim sejuk. Rupa-rupanya beliau telah berhadas kerana malamnya bermimpi didatangi bidadari. Dikatakan bahawa bermimpi bidadari di kalangan mujahiddin adalah perkara biasa dan kebanyakannya mereka inilah yang akan terpilih sebagai syuhada dan berpeluang menghampiri bidadari.
.
Dimaklumkan setelah pasukan mujahiddin berjaya menawan daerah Khost, mereka telah pergi ke wilayah Jalalabad untuk bergabung dengan mujahiddin Arab di sana. Beliau telah diarahkan menjaga kubu di atas bukit yang sederhana tingginya di waktu malam. Bertemankan seorang rakan dari bangsa Arab, mereka mengawal kubu tersebut dan kawasan itu memang kerap disinggah peluru musuh. Telah ramai pula yang menemui syahid di bukit itu.
.
Memang sudah ditakdirkan antara ratusan biji bom dari kereta kebal musuh itu, ada peruntukan oleh Allah untuk assyahid Fauzi Ismail. Dengan gugurnya ledakan bom itu, berterbanganlah bidadari dari syurga Firdaus menyambut assyahid. Janji Allah itu benar, mimpi beliau sebelum ini memang menjadi kenyataan. Allah telah membayar nyawanya dengan keharuman kasturi dan bidadari yang serba suci. Anak muda itu syahid pada 28 Julai 1989. Allahu Akbar!!
.
Tanda Kesyahidan
.
Assyahid Fauzi gugur di kubu itu dan rakannya yang parah dibawa turun untuk mendapat rawatan. Walaupun hampir 10 jam jenazah beliau berada di atas bukit itu, darah merah masih segar bugar dan panas mengalir.
.
" Jangan kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki" - Ali Imran 169.
.
Manakala ibu-bapanya di kampung pula, telah dipertemukan Allah dengan anak lelaki mereka bergelar syuhada itu melalui alam mimpi. Mimpi mereka lebih mendahului berita dari manusia. Wajah anak mereka tersenyum sayang dengan berjubah dan berserban merah. Mengertilah mereka bahawa dagang anaknya telah dibeli Allah dan tentunya mereka juga akan mendapat imbuhan dari pelaburan yang termahal ini. Apabila ditanya kepada bapanya akan anaknya itu, beliau menjawab:
.
" Dia tak mahu dunia. Dia tinggalkan kedai dan motornya untuk cari akhirat. Sekarang dia dah dapat... saya bersyukur."
Nota:
Terima kasih dan jazakumul'Lah Khairan kathira kepada C.N Al Afghani kerana membukukan kisah perjuangan ini. Semoga Allah memberi ganjaran dan rahmat kepada saudara. Bersabarlah dalam merintis onak dan duri tribulasi ini. Amin.

Khamis, 4 Mac 2010

Pembeda

Janganlah kauturutkan orang-orang kafir itu dan berjuanglah dengan gigih sekuat tenaga dengan (Al-Quran) ini terhadap mereka.(52) Al-Furqan

Sabtu, 27 Februari 2010

Berbeza Dengan Golongan Bukan Islam

Berdasarkan hakikat bahawa kesahihan amalan zahir dan batin saling berperanan dalam menentukan kesahihan amalan seseorang muslim, maka Islam telah meletakkan satu prinsip agama yang penting iaitu kewajipan Larangan meniru amalan golongan bukan Islam, baik dari segi kepercayaan , cara ibadat mahu pun budaya hidup. Islam menunutut umatnya supaya tidak meniru cara ibadat dan budaya hidup golongan bukan Islam, kerana peniruan itu dibimbangi boleh membawa kepada asimilasi agama dan budaya yang akhirnya akan menghakis identiti umat dan seterusnya melemahkan jati diri muslim. Asas bagi prinsip ini terkandung dalam banyak nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah, antaranya firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

"Kesudahannya, Kami jadikan engkau (Muhammad) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari perkara agama, maka turutlah syariat itu, dan jangan engkau menurut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui". (Al-Jaathiah, 45:18)

Semua golongan bukan Islam adalah termasuk dalam pengertian 'orang yang tidak mengetahui' kerana mereka adalah golongan yang jahil dengan syariat Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Dalam konteks ini, Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata (maksudnya):

Dan Dia (Allah) melarang Baginda daripada mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui, sedangkan termasuk dalam maksud orang-orang yang tidak mengetahui itu ialah semua orang yang menyalahi syariat. (Ibn Taimiyyah, Iqtida' As-Sirat Al-Mustaqim Fi Mukhalafat Ashad Al-Jahim,hal:8)

Dalam ayat lain, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"...Dan jangan pula mereka(orang beriman) menjadi seperti orang yang telah diberikan  Kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang lanjut, maka hati mereka menjadi keras, dan ramai diantara mereka menjadi fasik" (Al-Hadid,57:16)

Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyyah mentafsirkan ayat ini dengan katanya yang bermaksud:

Maka maksud firmanNya "Dan janganlah pula mereka (orang beriman) menjadi, adalah satu larangan mutlak daripada meniru mereka (ahli Kitab), meskipun ia khusus bagi larangan daripada meniru kekerasan hati mereka, tetapi kekerasan hati itu adalah hasil daripada maksiat".( Ibn Taimiyyah, Iqtida' As-Sirat Al-Mustaqim, hal:43)

Manakala Al-Hafiz Ibn Kathir pula menyimpulkan maksud ayat itu dengan katanya yang bermaksud:

Dan kerana inilah Allah melarang orang beriman daripada meniru mereka (ahli Kitab) dalam apa jua perkara usul dan furu. (Ibn Kathir, Tafsir Al-Quran Al-A'zim, 4:332)

Selain daripada ayat-ayat Al-Quran, terdapat banyak hadith Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang menjadi asas bagi prinsip ini, sehingga ada ulama yang mengumpulkan lebih daripada 30 buah hadith sahih mengenainya (Al-Albani, Jilbab Al-Mar'ah Al-Muslimah Fi Al-Kitab Wa As-Sunnah,hal:166-212) seperti:
  • Larangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam terhadap umatnya daripada menggunakan serunai dan lonceng sebagai seruan solat pada zaman awal Islam kerana ia menyerupai cara puak Yahudi dan Nasrani sehinggalah Baginda diwahyukan dengan azan. (Sahih Sunan Abi Daud, no:498)
  • Larangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam daripada solat pada waktu Matahari sedang terbit dan waktu ia sedang terbenam kerana adalah waktu sujud golongan pentembah Matahari.(Sahih Muslim, no:832)
  • Larangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam daripada menjadikan perkuburan para anbiya' dan shalihin sebagai tempat ibadat kerana yang demikian itu adalah amalan golongan Yahudi dan Nasrani.(Sahih Muslim,no:530-532)
  • Larangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam daripada bersolat dengan berbungkus sehelai kain tanpa mengilasnya di tempat kilasan kerana yang demikian itu adalah perbuatan golongan Yahudi.(Sahih Sunan Abi Daud,no:635)
  • Suruhan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam supaya umatnya sekali sekala bersolat sambil memakai selipar dan khuf kerana puak Yahudi tidak mengharuskan.(Sahih Sunan Abi Daud, no:652)
  • Larangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam daripada duduk bertongkat dengan tangan kiri dalam solat kerana yang demikian itu adalah cara duduk puak Yahudi.(Mustadrak Al-Hakim, lihat:Jilbab Al-Mar'ah, hal:175)
  • Peringatan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam terhadap umatnya supaya bersahur bila berpuasa kerana golongan ahli Kitab berpuasa tanpa bersahur.(Sahih Muslim, no:1096)
  • Saranan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam supaya umatnya menyegerakan berbuka puasa kerana golongan Yahudi dan Nasrani melewatkannya.(Musnad Ahmad, lihat:Jilbab Al-Mar'ah, hal:176)
  • Saranan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam supaya umatnya berpuasa "Asyura' pada hari kesembilan dan kesepuluh kerana golongan Yahudi dan Nasrani hanya berpuasa pada hari kesepuluh sahaja.(Sahih Muslim, no:1134)
  • Saranan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam supaya jemaah haji bergerak dari Muzadalifah ke Mina sebelum terbit matahari kerana golongan Musyrikin biasanya bergerak selepas matahari terbit melepasi puncak Bukit Thubair di Makkah.(Sahih Al-Bukhari, no:3626)
Kekeliruan Dan Jawapan

Kesemua hadith di atas menyokong dan menguatkan tafsiran ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan prinsip berkenaan. Namun mungkin ada yang terkeliru dan mengatakan bahawa suruhan supaya berbeza dan larangan daripada meniru golongan bukan Islam hanya dalam perkara ibadat ritual seperti solat, puasa dan haji sahaja, bukan dalam perkara adat, budaya dan cara hidup. Kekeliruan ini boleh dijawab dengan dua jawapan, pertama jawapan bersifat umum manakal kedua jawapan secara khusus (spesifik):

Jawapan Umum

Telah sedia maklum bahawa Islam adalah satu cara hidup (The Way of Live) yang meliputi seluruh aktiviti kehidupan manusia. Justeru menghadkan ajaran Islam kepada ibadat-ibadat ritual semata-mata adalah satu daripada bentuk fahaman sekularisma.

Anas bin Malik radhiallahu 'anh telah meriwayatkan sebuah hadith yang menceritakan bahawa golongan Yahudi mengharamkan sebarang bentuk pergaulan dengan isteri yang berada dalam haid, sehinggakan dalam hal-hal yang tiada kaitan dengan persetubuhan seperti makan minum dan bergurau. Maka ketika ayat berkenaan haid diturunkan (Al-Baqarah,2:222), Baginda shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan maksud ayat berkenaan dengan sabdanya:

"Kamu buatlah apa saja (ketika isteri kamu dalam haid) kecuali persetubuhan". 

Mendengar sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ini, mereka (orang Yahudi) berkata:

"Lelaki (Nabi shallallahu 'alaihi wasallam) ini tidak akan membiarkan satu pun dari amalan kita kecuali dia berbeza dengan kita dalam melakukannya". (Sahih Muslim,no:302)

Kata-kata orang Yahudi ini menunjukan bahawa Baginda shallallahu 'alaihi wasallam melakukan perbezaan dengan mereka dalam semua perkara meliputi semua urusan kehidupan, sehingga terkeluar dari mulut mereka keluhan terhadap perbezaan yang banyak itu. Pengajaran yang tersirat si sebalik hadith ini ialah, bahawa suruhan supaya berbeza dan larangan daripada meniru golongan bukan islam itu bukan terhenti setakat ibadat ritual semata-mata, bahkan juga meliputi perkara adat, budaya dan cara hidup.

Jawapan Spesifik

Terdapat banyak hadith sahih yang menunjukkan bahawa suruhan supaya berbeza dan larangan daripada meniru golongan buka Islam memang meliputi seluruh aspek kehidupan termasuklah dalam perkara-perkara adat dan budaya. Antara hadith-hadith yang menunjukan sedemikiaan ialah:
  • Larangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam terhadap umatnya daripada menghormati Baginda secara berlebihan (mamuja) sebagaimana kaum Nasrani memuja Nabi Isa. (Sahih Al-Bukhari, no:3445)
  • Larangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam daripada menghormati orang yang duduk dengan cara berdiri kerana yang demikian itu adalah cara penghormatan orang Parsi terhadap pembesar mereka.(Sahih Muslim, no:413)
  • Larangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam terhadap kaum lelaki daripada memakai pakaian yang dicelup dengan warna mua'sfar (merah oren) kerana ia merupakan warna pakaian orang bukan Islam.(Sahih Muslim,no:2077)
  • Larangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam daripada meniru cara berpakaian golongan bukan Islam.(Sahih Muslim,no:2069)
  • Suruhan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam supaya kaum lelaki memendekkan misai dan membela janggut kerana ahli Kitab, Majusi dan Musyrikin mencukur janggut dan membela misai.(Sahih Al-Bukhari, no:5553)
  • Suruhan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam supaya kita menginaikan janggut atau uban kerana ahli Kitab tidak menginaikan janggut dan uban mereka.(Musnad Ahmad, lihat:Jilbab Al-Mar'ah, hal:184-185)
  • Suruhan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam supaya kita memakai seluar atau kain sarung bersilih ganti kerana kebiasaan ahli Kitab iallah memakai seluar sahaja.(Al-Albani, Jilbab A-Mar'ah hal: 184-185)
  • Suruhan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam supaya kita memakai khuf dan slipar bersilih ganti kerana kebiasaan ahli Kitab ialah memaki khuf sahaja.(Al-Abani,Jilbab Al-Mar'ah, hal:184-185)
  • Larangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam daripada duduk sambil menongkat tangan ke belakang kerana ia adalah cara duduk orang Yahudi. (Sahih Sunan Abi Daud, no:4848)
  • Larangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam daripada bermain buah dadu kerana ia adalah sejenis judi yang dimainkan oleh orang'ajam (bukan Arab).(Musnad Ahmad, lihat: jilbab Al-Mar'ah, hal:198-200)
Peniruan Tetap HaramMeskipun Dengan Niat Yang Baik

Keadah usul fiqh telah menetapkan bahawa nas-nas yang bersifat suruhan menjurus kepada konsekuensi hukum wajib kecuali jika ada qarinah (petunjuk ilmiah) yang mengubahhukum wajib itu kepada sunat, manakala nas-nas yang bersifat larangan pula menjurus kepada kosekuensi hukum haram kecuali jika ia qarinah yang mengubah hukum haram itu kepada makruh.(Wahbah Az-Zuhaili, Usul Al-Fiqh Al-Islami, 1:234-235)

Berdasar kaedah ini, maka nas-nas suruhan supaya berbeza mesti difahami sebagai wajib kerana tiada apa qarinah yang menunjukkan ia hanya sekadar sunat, manakala nas-nas larangan daripada peniruan pula mesti difahami sebagai haram kerana tidak ada qarinah yang menunjukkan ia hanya sekadar makruh.

Dengan perkataan lain, Islam mewajibkan umatnya berbeza dengan golongan bukan Islam dan pada masa yang sama mengharamkan umatnya meniru mereka. Akan tetapi timbul satu persoalan, jika peniruan itu dilakukan dengan niat atau tujuan yang baik, maka adakah ia tetap haram? Jawabannya, ia tetap dilihat sebagai haramkerana prinsip ibadat dalam Islam telah menetapkan bahawa tujuan yang baik tidak sekali-kali akan menghalalkan cara. Ini kerana syarat penerimaan amalan bukan terletak pada niat baik semata-mata tetapi juga pada cara yang betul sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.

Dari sudut yang lain, larangan Baginda shallallahu 'alaihi wasallam daripada meniru golongan bukan Islam seperti sabdanya: "Jangan kamu melampau memujaku sebagaimana golongan Nasrani melampau memuja (Nabi) Isa Ibn Maryam" (Sahih Al-Bukhari,no:3261), adalah lahir daripada kebimbangan Baginda terhadap pujian berlebihan yang boleh membawa kepada kesyirikan, sepertimana yang berlaku kepada golongan Nasrani. Justeru kebimbangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam termasuk dalam kaedah fiqh yang masyur dikenali sebagai Sad Az-Zarai'(menutup pintu-pintu kemudaratan).

Namun apa yang dibimbangi oleh Baginda itu telah benar-benar menjadi kenyataan apabila ramai dari kalangan umat Islam pada hari ini tanpa mereka sedari telah meniru amalan golongan bukan Islam, bukan sahaja dalam perkara kebudayaan seperti cara berpakaian dan berhibur, malah peniruan juga berlaku dalam perkara ibadat khusus seperti amalan berzikir menggunakan 'biji tasbih' secara beramai-ramai dengan suara yang nyaring, bermelodi disertai hayunan badan dan kepala. ( Untuk mendapat penjelasan yang terperinci tentang perkara ini sila lihat: Hafiz Firdaus Abdullah, 2000, Zikir-zikir selepas Solat Fardu Sebagaimana Yang Diajar Dan Dilakukan Oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, Johor, hal:81-102)

Malahan, tanpa mereka sedari ramai dari kalangan mereka terdedah kepada bahaya kesyirikan dan kekufuran melalui amalan salawat yang mempersekutukan sifat Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dengan sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala.(Seperti Salawat syifa'. Penulis khususkan perbincangan mengenainya dalam sebuah rencana berjudul: Kekaburan Salawat Syifa' Perlu Dijelaskan). Maka benarlah sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

"Sesungguhnya kamu akan ikut cara golongan sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hatta jika mereka masuk lubang biawak pun nescaya kamu akan mengikutinya." Sahabat bertanya: "Golongan Yahudi dan Nasranikah (yang kamu maksudkan)?" Baginda menjawab:"(kalau tidak mereka) siapa lagi?"(Sahih Muslim,no:2669)

Hikmah Di Sebalik Suruhan Berbeza Dan Larangan Peniruan

Semua ayat dan hadith di atas serta banyak lagi nas lain yang semaksud dengannya, menunjukkan bahawa kewajipan menyalahi etika ibadah, budaya dan cara hidup golongan bukan Islam adalah sebahagian daripada prinsip agama. Namun timbul persoalan di sini, apakah hikmah di sebalik prinsip ini dan kenapa pihak syara' kelihatan begitu prihatin terhadapnya? Jawapannya ialah kerana peniruan dan persamaan budaya hidup akan membabitkan rasa kasih sayang serta wala' (kepatuhan), sedangkan kasih sayang dan wala' kepada golongan yang tidak beriman bercanggah dengan tuntutan iman, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

لَّا تَجِدُ قَوۡمً۬ا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ يُوَآدُّونَ مَنۡ حَآدَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَلَوۡ ڪَانُوٓاْ ءَابَآءَهُمۡ أَوۡ أَبۡنَآءَهُمۡ أَوۡ إِخۡوَٲنَهُمۡ أَوۡ عَشِيرَتَہُمۡ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ڪَتَبَ فِى قُلُوبِہِمُ ٱلۡإِيمَـٰنَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ۬ مِّنۡهُ‌ۖ وَيُدۡخِلُهُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَا‌ۚ رَضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ حِزۡبُ ٱللَّهِ‌ۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٢٢

"Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat saling berkasih sayang denagn orang yang menetang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun mereka itu terdiri daripada bapa-bapa, anak-anak, saudara-mara dan ahli keluarga. Mereka (orang beriman) itulah orang yang Allah telah tanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripadanya." (Al-Mujadalah, 58:22)

Menjelaskan maksud ayat ini, Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata (maksudnya):

"Allah Subhanahu wa Ta'ala menegaskan bahawa tidak ada seorang pun orang beriman yang saling berkasih sayang dengan orang yang tidak beriman. Sesiapa yang menyayangi orang yang tidak beriman, maka dia bukan seorang yang beriman. Oleh kerana persamaan amalan zahir itu adalah punca terbibitnya kasih sayang, maka ia (persamaan amalan zahir) adalah haram. (Ibn Taimiyyah, Iqtida' Al-Sirat Al-Mustaqim,hal:6-7)

Di samping  membabitkan kasih sayang yang menjadi bukti kelemahan iman, persamaan amalan zahir juga menjadi faktor kepada terhakisnya identiti dan kemerosotan jati diri bergantung kepada kekuatan iman. Berdasar hikmah dan alasan ini, maka setiap muslim wajib berbeza dengan golongan bukan Islam  dalam semua aktiviti kehidupan mereka meliputi cara berpakaian, cara berjalan, cara makan minum, cara menghias rumah, cara berbelanja, cara berhibur, cara bergaul, cara berekreasi, cara bersukan dan sebagainya. Dengan perbezaan itu, mudah-mudahan jati diri keimanan dapat dibina di atas asa yang mantap, yang tidak boleh digugat oleh arus kehidupan moden.

Pun begitu, prinsip kewajiban berbeza ini tidak menghalang umat Islam daripada menjalinkan hubungan kerjasama dan perpaduan dengan golongan bukan Islam. Islam menggalakkan kita berkerjasama dan bersatu padu dalam segala hal yang berkaitan dengan pembangunan dan kepentingan bersama. Piagam Madinah yang termeterai antara umat Islam dengan puak-puak Yahudi dan kabilah-kabilah Arab membuktikan bahawa hubungan kerjasama dan perpaduan dengan golongan bukan Islam amat digalakan oleh Islam. Cuma, kerjasama dan perpaduan itu perlu dipastikan berlaku dalam bentuk akomodasi dan intergrasi yang mampu mempertahankan identiti Islam dan bukan dalam bentuk asimilasi yang boleh menghakis jati diri agama.

Isnin, 22 Februari 2010

Memenuhi Syarat Penerimaan Amalan


Berdasarkan hakikat bahawa amalan batin boleh mempengaruhi kesahihan amalan zahir sebagaimana amalan zahir juga boleh menentukan kesahihan amalan batin, maka Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjadikan kesahihan kedua-dua jenis amalan zahir dan batin sebagai syarat bagi penerima amalan di sisi-Nya. Dalam konteks ini, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal shalih dan janganlah dia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya". (Al-Kahf, 18:110)

(Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjadikan kesahihan kedua-dua jenis amalan zahir dan batin sebagai syarat bagi penerimaan di sisi-Nya)

Dalam ayat ini, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengariskan dua syarat bagi hambanya yang ingin mendapatkan ganjaran kebaikan di Hari Akhirat. Iaitu pertama, hendaklah dia mengerjakan amal shalih dan kedua, hendaklah dia tidak mempersekutukan Allah dalam amal ibadatnya itu. Yang dimaksudkan dengan amal shalih dalam ayat ini ialah amalan zahir yang menepati Sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kerana dialah satu-satunya Rasul yang diutuskan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk mengajar kita  segala cara ibadat dalam Islam. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasalam:

"Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan (ibadat) bukan mengikut (spesifikasi) cara kami, maka ia adalah tertolak".(Sahih Muslim, no:1718)

Manakala yang dimaksudkan dengan 'tidak mempersekutukan Allah dalam ibadat' ialah amalan batin, iaitu melakukan ibadat dengan niat yang ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan-Nya, bukan kerana tujuan yang lain. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

"Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla tidak menerima sesuatu amalan melainkan yang ikhlas dan (bertujuan) mencari keredhaan-Nya semata-mata".(Sahih Sunan An-Nasai, no:3140)

Maksud ayat dan hadith di atas menunjukan bahawa syarat penerimaan ibadat di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala ada dua:
  • Pertama, kesahihan amalan batin dalam bentuk niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah.
  • Kedua, kesahihan amalan zahir dalam bentuk menepati Sunnah (cara) yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Bagi menghasilkan kualiti ibadat yang diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, kedua-dua syarat ini saling berkait dan tidak boleh berpisah antara satu sama lain. Jika amalan yang tidak ikhlas akan ditolak oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala meskipun menepati Sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, maka bergitu juga sebaliknya, amalan yang tidak menepati Sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak akan diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala meskipun ada niat ikhlas.

Berdasarkan kedua-dua syarat ini, nyatalah kepada kita bahawa persepsi sebahagian masyarakat Islam yang meletakkan kekudusan sesuatu amalan hanya semata-mata kepada niat atau tujuan yang baik tanpa memperdulikan cara perlaksanaannya adalah persepsi yang salah sama sekali. Dalam sebuah hadith, tiga orang Sahabat radhiallahu 'anhum  datang bertanya kepada isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkenaan ibadat Baginda di rumah. Setelah mereka diberitahu mengenainya, mereka mula membuat perkiraan lojik dengan mengandaikan bahawa jika Baginda shallallahu 'alaihi wasallam yang maksum masih terus tekun beribadat, maka mereka yang tidak maksum perlu beribadat lebih daripada itu. Lantas seorang daripada mereka berazam untuk bersolat sepanjang malam, seorang lagi berazam untuk berpuasa sepanjang tahun, manakala yang ketiga pula berazam untuk tidak berkahwin seumur hidup. Mendengar kata-kata mereka itu, Baginda shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Ketahuilah! Demi Allah! Sesungguhnya aku orang yang paling takut dan paling bertaqwa kepada Allah di antara kamu, tetapi aku (kedangkala) berpuasa dan (kadangkala) tidak, aku bersolat (malam) tetapi aku juga tidur dan aku juga berkahwin dengan wanita-wanita. Justeru, sesiapa yang berpaling dari Sunnahku, maka dia bukan dari (kalangan umat) ku". (Sahih Muslim, no:1401)

Hadith ini menceritakan tentang tiga orang Sahabat yang berazam untuk melipat gandakan kuantiti ibadat mereka, dengan niat yang tulus ikhlas bagi mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Namun disebabkan cara ibadat yang mereka ingin lakukan itu tidak menepati cara Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, maka Baginda tidak memperakukannya meskipun niat mereka baik. Selain daripada hadith di atas, terdapat banyak lagi hadith Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang menunjukkan penolakan terhadap falsafah 'tujuan menghalalkan cara', seperti sabda Baginda:

"Jangan kamu melampau memujaku sebagaimana golongan Nasrani melampau memuja (Nabi) Isa Ibn Maryam, aku hanyalah seorang hamba Allah, maka pujilah aku sebagai seorang hamba dan pesuruh Allah". (Sahih Al-Bukhari, no:3261)

Dalam hadith ini Baginda shallallahu 'alaihi wasallam melarang para Sahabat daripada memujinya secara berlebihan, sedangkan kita sedia maklum bahawa niat para Sahabat di sebalik pujian itu adalah baik dan cara pujian yang dilakukan oleh para Sahabat terhadap Nabi shallallahu 'alaihi wasalam tidaklah sampai mengangkat status Baginda  ke tahap ketuhanan sebagaimana cara pemujaan yang dilakukan oleh kaum Nasrani terhadap Nabi Isa. namun Baginda shallallahu 'alaihi wasallam tetap melarangnya sebagai satu penjelasan bertapa niat dan tujuan yang baik itu tidak sekali-kali akan menghalalkan cara.

Dalam satu lagi hadith lain, ketika Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menuju ke medan peperangan Hunain, Baginda melalui sebatang pokok milik golongan Musyrikin dikenali sebagai Zat Anwat yang digunakan sebagai tempat menyangkut senjata sambil berkumpul di sekitarnya. Melihat kegunaan pokok tersebut, para Sahabat berkata: "Wahai  Rasulullah! jadikanlah untuk kami zat anwat sebagaimana mereka juga memiliki zat anwat". Mendengar kata-kata Sahabat itu, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Maha Suci Allah! (perkataan) ini sama seperti perkataan kaum Nabi Musa: "Buatkanlah untuk kami (sebuah patung) tuhan sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan", (Al-A'raf,7:138) Demi Yang (memegang) nyawaku di Tanganya! Sesungguhnya kamu akan ikut cara golongan sebelum kamu". (Sahih Sunan At-Tirmizi, no:2180)

Dalam peristiwa ini, Baginda telah menolak perkataan para Sahabat itu kerana ia dilihat menyerupai perkataan kaum Yahudi terhadap Nabi Musa 'alaihi salam, sedangkan niat di sebalik kedua-dua perkataan mereka itu adalah jauh berbeza. Kaum Yahudi meminta Nabi Musa supaya membuat untuk mereka sebuah patung tuhan sedangkan para Sahabat hanya meminta dijadikan sebatang pokok sebagai tempat untuk menggantung senajata. Teguran Nabi shallallahu 'alaihi wasallam terhadap perkataan para Sahabat itu menunjukkan bahawa apa yang mereka lakukan itu tidak betul meskipun niat mereka baik.

Di kalangan umat Islam hari ini ramai yang menyangka bahawa sesuatu amalan itu pasti akan diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala berdasar tujuan yang baik kerana mereka beranggapan bahawa sesuatu amalan itu akan menjadi baik bila ada niat yang baik. Kerana berpegang kepada persepsi yang salah ini, maka masyarakat Islam tidak lagi segan silu untuk melakukan perkara yang menyalahi sunnah Nabi shallallahu 'alahi wasallam atau yang melanggar batas-batas hukum syara' dengan alasan (kononnya): "Asalkan niatnya baik".

Akhirnya lahirlah ungkapan-ungkapan songsang seperti: "Walaupun saya tidak menutup aurat, tapi iman saya kuat","Walaupun saya tak bersembahyang tapi hati saya baik"," Walaupun kenduri tahlil itu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tak buat tapi tujuan ia dilakukan adalah baik".

Kata-kata seumpama ini ternyata lahir daripada individu yang gagal memahami prinsip dan sayarat penerimaan amalan di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala. Akibatnya, jati diri mereka menjadi terlalu lemah untuk berhadapan dengan runtuhan hawa nafsu yang sentiasa tertarik kepada kemaksiatan. Justeru untuk memantapkan jati diri, setiap muslim wajib menjaga prinsip kemurnian niat dan kesahihan cara sebagai dua syarat penerimaan amalan di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mesti dihayati dengan sebaik mungkin dalam setiap aktiviti kehidupan.